Beberapa hari lagi 2015 akan melabuhkan tirainya dan 2016 akan membuka tirai baru. Saya percaya apa yang berlaku di tahun 2015 akan meninggalkan kenangan buat kita warga PPKI SK Pulai. Dikesempatan ini saya wakil admint blog ini ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada PPM Hisham Pugi yang telah berpindah ke SK Seri Bandar Melaka. Warga PPKI SK Pulai merasakan kehilangan sayap kanan apabila dimaklumkan En Hisham kita bertukar ke sekolah lain, namun begitu perkhidmatan beliau di PPKI SK Pulai tetap dikenang, segala idea dan sumbangan tenaga tetap kami hargai dan moga Allah membalas segala jasa yang ditaburkan.Moga ikatan ukhwah seislam kita tidak terputus.Semoga En Hisham kita berjaya ditempat baru.
Selasa, 29 Disember 2015
Sabtu, 21 November 2015
SAMBUTAN HARI JADI PENUTUP PROGRAM TAHUNAN
19 November di Windmill Bukit Beruang PPKI SK Pulai menutup tirai 2015 dengan mengadakan Sambutan Hari Jadi. Sambutan Hari Jadi merupakan antara program tahunan PPKI SK Pulai. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meraikan anak-anak PPKI dalam Sambutan Hari Jadi secara berkelompok. Program yang bermula jam 9 pagi ini di mulai dengan santapan lazat yang disediakan oleh restoran ini. Anak-anak PPKI SK Pulai menikmati makanan ala barat yang amat menyelerakan. Acara pemotongan kek secara beramai-ramai dengan diiring muzik lagu "Selamat Hari Jadi" memeriahkan lagi suasan hari itu. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati untuk semua anak-anak PPKI SK Pulai. Program ini juga merupakan program terakhir bagi 4 orang anak-anak PPKI SK Pulai yang akan meninggalan alam sekolah rendah, iaitu Afiqah Husna, Muhammad Hazim, Muhammad Firdaus dan Peter. Semoga anak-anak ini terus maju dalam pelajaran ketika di sekolah menengah kelak.
Sabtu, 31 Oktober 2015
LAWATAN PERDANA PPKI SK PULAI 2015
29 Oktober 2015 (Khamis) PPKI SK Pulai telah mengadakan Lawatan Perdana ke Kilang Cokelat Beryl's Serdang dan i-City Shah Alam . Rombongan yang di sertai seramai 11 orang murid, 8 orang guru dan 3 orang PPM telah bertolak seawal 7.30 pagi dengan menaiki sebuah bas. Kami sampai ke Kilang Cokalat Byrel's pada pukul 10.00 pagi, Sampainya kami di sana kami telah diberi taklima oleh pihak pengurusan kilang iaitu cara-cara cokalat dihasilkan. Diakhir taklimat kami berpeluang membeli berbagai--bagai jenis cokelat. Setelah puas membeli belah kami meneruskan lawatan kami ke i-City Shah Alam. Tepat jam !2.00 tengahari kami sampai di i-City Shah Alam. Di i-City kami berpeluang masuk ke Snow Walk.Di Snow Walk keaadaan di dalamnya sangat sejuk, sebelum masuk kami telah dibekalkan dengan baju tebal yang bersesuain dengan suhu yang sejuk. Suhu di dalam Snow Walk mencecah bawah 5 darjah Celsius. Terdapat berbagai-bagai jenis permaianan yag ada di dalam Snow Walk. murid-murid sangat gembira bermain dalam suasana yang sejuk. Lawatan kami di Snow Walk berakhir pada pukul 2.00 petang.
Sabtu, 19 September 2015
PPKI SERTAI MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN
19 SEPTEMBER 2015 SK Pulai telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan. AJK Bulan Kemerdekaan SK Pulai telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti dan pertandingan. PPKI SK Pulai tidak ketinggalan menyertai pertandingan yang di sediakan. Antara penglibatan PPKI ialah acara Pertandingan Pakaian Tradisonal dan Pertandingan Nyayian Solo lagu patriotik . Dalam acara nyayian solo adik Mohd Hazim bin Ismahizam dari Mutiara 3 telah merangkul tempat ke-2 dan adik Nahzatul Nazurah bt Musa telah memenangi saguhati dalam memperagakan pakaian tradisionalnya. Bakat-bakat anak-anak PPKI kita dapat dicungkil dan digilap melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan ini. Disamping itu mereka dapat menonjolkan diri sama dengan murid perdana yang lain. Moga usaha-usaha mengadakan program sedemikian dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Tahniah pada pihak menganjur yang terdiri daripada pegabunggan beberapa panitia iaitu, Paniti Muzik, Panitia Sejarah, Panitia Sivik da Kewargenegaraan, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Melayu serta kerjasa dari AJK Pusat Sumber Sekolah.
Tahniah pada pihak menganjur yang terdiri daripada pegabunggan beberapa panitia iaitu, Paniti Muzik, Panitia Sejarah, Panitia Sivik da Kewargenegaraan, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Melayu serta kerjasa dari AJK Pusat Sumber Sekolah.
Selasa, 15 September 2015
BAYOU LAGOON KAMI DATANG
JUN 2015 : Program sehari sebelum menyambut ramadhan tahun ini ialah mengunjungi Taman Tema Bayou Lagoon Bukit Katil. Terapi air merupakan terapi yang paling diminati oleh anak-anak PPKI SK Pulai. Dengan perjalanan yang hanya memakan masa 30 minit kami sampai tempat yang dituju. Kebanyak murid-murid PPKI sudah dapat mengikuti panduan-panduan asas ketika berenang. Dengan mengikuti beberapi siri terapi air mereka kini berkeyakinan untuk mencuba beberapa teknik berenang yang betul. Program yang mengambil masa lebih kurang 3 jam ini memberi berbagai-bagai pengalaman untuk mereka. Moga anak-anak PPKI SK Pulai lebih berkeyakinan dalam mengikuti aktiviti yang berasaskan air.
Sabtu, 12 September 2015
PERKHEMAHAN SANTAI PPKI SK PULAI
Jumaat, 11 September 2015
TERAPI AIR DI HOT SPRING BEMBAN JASIN
OGOS 2015 Terapi air merupakan program yang dinanti-nantikan oleh anak-anak PPKI SK Pulai. Kali ini PPKI memilih Pusat Reakreasi Air Panas Bemban. Alhamdulillah program yang dirancang berjalan lancar. Kami membawa anak-anak ini dengan menaiki bas ke sana.Terapi air merupakan satu terapi yng banyak membantu anak-anak kita membina keyakinan diri, tidak kurang juge terdapat anak-anak ini fobia dengan aktiviti yang berunsurkan air.Walaubagaimanapun hampir 90% anak-anak ini sudah berani membina keyakinan diri ketika berada didalam air
KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT NEGERI MELAKA
OGOS 2015 Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Peringkat Negeri Melaka yang bertempat di Masjid Al-Ghaffur Bandar Jasin. PPKI SK Pulai telah menghantar 3 orang wakil iaitu Muhammad Fidaus b Sulaiman, Mohd Fareez bin Jefri dan Nur Myeiszatul Syaficaq bt Mohd Yusof. Program yang berlangsung selama sehari ini dapat meningkatkan pengetahuan anak-anak PPKI untuk mendalami cara menunaikan solat Fardhu dengan lebih terperinci. Selain itu anak-anak ppki juga dapat mengeratkan silaturrahim dengan ppki dari sekolah yang lain.Moga program yang murni ini menjadi program wajib setiap tahun bagi Unit Pendidikan Khas Melaka.
JOM TERAPI BERKUDA PULAK
April 2015 alhamdulillah diizinkan Allah kami untuk membawa anak-anak PPKI SK Pulai ke KEM SERAMA Durian Tunggal untuk program terapi berkuda. Seronok sungguh anak-anak ppki menunggang kuda.Objektif untuk melahirkan murid ppki yang berkeyakinan diri tercapai.Walaupun program ini julung kali di buat tetapi amat berharga buat kami dan team PPKI SK Pulai.
TERAPI BOWLING KALI PERTAMA 2015
FEBRUARI 2015 Ini adalah sebahagian gambar yang dapat di ambil dalam program terapi bowling PPKI SK Pulai pada tahun 2015. Kesibukan membuatkan admint terbatas masa untuk mencatat diari PPKI SK Pulai ini...insyaallah akan diteruskan lagi bagi menceriakan blog ini
Langgan:
Catatan (Atom)