Sabtu, 19 September 2015

PPKI SERTAI MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

19 SEPTEMBER 2015 SK Pulai telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan. AJK Bulan Kemerdekaan SK Pulai telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti dan pertandingan. PPKI SK Pulai tidak ketinggalan menyertai pertandingan yang di sediakan. Antara penglibatan PPKI ialah acara Pertandingan Pakaian Tradisonal dan Pertandingan Nyayian Solo lagu patriotik  . Dalam acara nyayian solo adik Mohd Hazim bin Ismahizam dari Mutiara 3 telah merangkul tempat ke-2 dan adik Nahzatul Nazurah bt Musa telah memenangi saguhati dalam memperagakan pakaian tradisionalnya. Bakat-bakat anak-anak PPKI kita dapat dicungkil dan digilap melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan ini. Disamping itu mereka dapat menonjolkan diri sama dengan murid perdana yang lain. Moga usaha-usaha mengadakan program sedemikian dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. 
Tahniah pada pihak menganjur yang terdiri daripada pegabunggan beberapa panitia iaitu, Paniti Muzik, Panitia Sejarah, Panitia Sivik da Kewargenegaraan, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Melayu serta kerjasa dari AJK Pusat Sumber Sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan