Sabtu, 31 Oktober 2015

LAWATAN PERDANA PPKI SK PULAI 2015

29 Oktober 2015 (Khamis) PPKI SK Pulai telah mengadakan Lawatan Perdana ke Kilang Cokelat Beryl's Serdang dan i-City Shah Alam . Rombongan yang di sertai seramai 11 orang murid, 8 orang guru dan 3 orang PPM telah bertolak seawal  7.30 pagi dengan menaiki sebuah bas. Kami sampai ke Kilang Cokalat Byrel's pada pukul 10.00 pagi, Sampainya kami di sana kami telah diberi taklima oleh pihak pengurusan kilang iaitu cara-cara cokalat dihasilkan. Diakhir taklimat kami berpeluang membeli berbagai--bagai jenis cokelat. Setelah puas membeli belah kami meneruskan lawatan kami ke i-City Shah Alam. Tepat jam !2.00 tengahari kami sampai di i-City Shah Alam. Di i-City kami berpeluang masuk ke Snow Walk.Di Snow Walk  keaadaan di dalamnya sangat sejuk, sebelum masuk kami telah  dibekalkan dengan baju tebal yang bersesuain dengan suhu yang sejuk. Suhu di dalam Snow Walk mencecah bawah 5 darjah Celsius. Terdapat berbagai-bagai jenis permaianan yag ada di dalam Snow Walk. murid-murid sangat gembira bermain dalam suasana yang sejuk. Lawatan kami di Snow Walk berakhir pada pukul 2.00 petang.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan