Selasa, 15 September 2015

BAYOU LAGOON KAMI DATANG

JUN 2015 : Program sehari sebelum menyambut ramadhan tahun ini ialah mengunjungi Taman Tema Bayou Lagoon Bukit Katil. Terapi air merupakan terapi yang paling diminati oleh anak-anak PPKI SK Pulai. Dengan perjalanan yang hanya memakan masa 30 minit kami sampai tempat yang dituju. Kebanyak murid-murid PPKI sudah dapat mengikuti panduan-panduan asas ketika berenang. Dengan mengikuti beberapi siri terapi air mereka kini berkeyakinan untuk mencuba beberapa teknik berenang yang betul. Program yang mengambil masa lebih kurang 3 jam ini memberi berbagai-bagai pengalaman untuk mereka. Moga anak-anak PPKI SK Pulai lebih berkeyakinan dalam mengikuti aktiviti yang berasaskan air.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan