Selasa, 29 Disember 2015

PPM Hisham Selamat Bertugas Di tempat Baru

Beberapa hari lagi 2015 akan melabuhkan tirainya  dan 2016 akan membuka tirai baru. Saya percaya apa yang berlaku di tahun 2015 akan meninggalkan kenangan buat kita warga PPKI SK Pulai. Dikesempatan ini saya wakil admint blog ini ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada PPM Hisham Pugi yang telah berpindah ke SK Seri Bandar Melaka. Warga PPKI SK Pulai merasakan kehilangan sayap kanan apabila dimaklumkan En Hisham kita bertukar ke sekolah lain, namun begitu perkhidmatan beliau di PPKI SK Pulai tetap dikenang, segala idea dan  sumbangan tenaga tetap kami hargai dan moga Allah membalas segala jasa yang ditaburkan.Moga ikatan ukhwah seislam kita tidak terputus.Semoga En Hisham kita berjaya ditempat baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan