Sabtu, 19 September 2015

PPKI SERTAI MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

19 SEPTEMBER 2015 SK Pulai telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan. AJK Bulan Kemerdekaan SK Pulai telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti dan pertandingan. PPKI SK Pulai tidak ketinggalan menyertai pertandingan yang di sediakan. Antara penglibatan PPKI ialah acara Pertandingan Pakaian Tradisonal dan Pertandingan Nyayian Solo lagu patriotik  . Dalam acara nyayian solo adik Mohd Hazim bin Ismahizam dari Mutiara 3 telah merangkul tempat ke-2 dan adik Nahzatul Nazurah bt Musa telah memenangi saguhati dalam memperagakan pakaian tradisionalnya. Bakat-bakat anak-anak PPKI kita dapat dicungkil dan digilap melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan ini. Disamping itu mereka dapat menonjolkan diri sama dengan murid perdana yang lain. Moga usaha-usaha mengadakan program sedemikian dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. 
Tahniah pada pihak menganjur yang terdiri daripada pegabunggan beberapa panitia iaitu, Paniti Muzik, Panitia Sejarah, Panitia Sivik da Kewargenegaraan, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Melayu serta kerjasa dari AJK Pusat Sumber Sekolah.

Selasa, 15 September 2015

BAYOU LAGOON KAMI DATANG

JUN 2015 : Program sehari sebelum menyambut ramadhan tahun ini ialah mengunjungi Taman Tema Bayou Lagoon Bukit Katil. Terapi air merupakan terapi yang paling diminati oleh anak-anak PPKI SK Pulai. Dengan perjalanan yang hanya memakan masa 30 minit kami sampai tempat yang dituju. Kebanyak murid-murid PPKI sudah dapat mengikuti panduan-panduan asas ketika berenang. Dengan mengikuti beberapi siri terapi air mereka kini berkeyakinan untuk mencuba beberapa teknik berenang yang betul. Program yang mengambil masa lebih kurang 3 jam ini memberi berbagai-bagai pengalaman untuk mereka. Moga anak-anak PPKI SK Pulai lebih berkeyakinan dalam mengikuti aktiviti yang berasaskan air.





Sabtu, 12 September 2015

PERKHEMAHAN SANTAI PPKI SK PULAI









8 dan 9 September yang lepas PPKI SK Pulai telah menjalankan satu lagi aktiviti tahunan kami iaitu Perkhemahan sempena cuti UPSR. Perkhemahan santai kami telah di adakan di Len 'D' Village Batu Gajah Merlimau. Objektif utama perkhemahan ini di adakan untuk melatih anak-anak PPKI berdikari  dalam mengurus diri tanpa ibu dan ayah. Disamping itu jugamereka dapat mempelajari beberapa kemahiran seperti kemahiran berenang, mengemas rumah dan kemahiran berkomunikasi dengan kawan-kawan serta guru-guru dan PPM. Semoga program 1 hari 2 malam ini dapa memberi banyak manfaat kepada mereka.

Jumaat, 11 September 2015

TERAPI AIR DI HOT SPRING BEMBAN JASIN

OGOS 2015 Terapi air merupakan program yang dinanti-nantikan oleh anak-anak PPKI SK Pulai. Kali ini PPKI memilih Pusat Reakreasi Air Panas Bemban. Alhamdulillah program yang dirancang berjalan lancar. Kami membawa anak-anak ini dengan menaiki bas ke sana.Terapi air merupakan satu terapi yng banyak membantu anak-anak kita membina keyakinan diri, tidak kurang juge terdapat anak-anak ini fobia dengan aktiviti yang berunsurkan air.Walaubagaimanapun hampir 90% anak-anak ini sudah berani membina keyakinan diri ketika berada didalam air



KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT NEGERI MELAKA

OGOS 2015 Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Peringkat Negeri Melaka yang bertempat di Masjid Al-Ghaffur Bandar Jasin. PPKI SK Pulai telah menghantar 3 orang wakil iaitu Muhammad Fidaus b Sulaiman, Mohd Fareez bin Jefri dan Nur Myeiszatul Syaficaq bt Mohd Yusof. Program yang berlangsung selama sehari ini dapat meningkatkan pengetahuan anak-anak PPKI untuk mendalami cara menunaikan solat Fardhu dengan lebih terperinci. Selain itu anak-anak ppki juga dapat mengeratkan silaturrahim dengan ppki dari sekolah yang lain.Moga program yang murni ini menjadi program wajib setiap tahun bagi Unit Pendidikan Khas Melaka.

JOM TERAPI BERKUDA PULAK

April 2015 alhamdulillah diizinkan Allah kami untuk membawa anak-anak PPKI SK Pulai ke KEM SERAMA Durian Tunggal untuk program terapi berkuda. Seronok sungguh anak-anak ppki menunggang kuda.Objektif untuk melahirkan murid ppki yang berkeyakinan diri tercapai.Walaupun program ini julung kali di buat tetapi amat berharga buat kami dan team PPKI SK Pulai.




TERAPI BOWLING KALI PERTAMA 2015







FEBRUARI 2015 Ini adalah sebahagian gambar yang dapat di ambil dalam program terapi bowling PPKI SK Pulai pada tahun 2015. Kesibukan membuatkan admint terbatas masa untuk mencatat diari PPKI SK Pulai ini...insyaallah akan diteruskan lagi bagi menceriakan blog ini
11 September...Alhamdulillah hari ini berpeluang sekali lagi saya menziarahi blog PPKI SK Pulai yang telah bersarang ni...