Sabtu, 30 April 2016

TERAPI HYDRO DI LOKASI BARU: GOLD COAST BUKIT KATIL

14 April 2016 PPKI SK Pulai meneruskan lagi program terapi untuk anak-anak istimewa,.urusetia yang bertanggungjawab kali ini memilih lokasi baru untuk program terapi hydro iaitu Taman Tema Air Gold Coast Bukit Katil. Kami bertolak ke lokasi pilahan dengan menaiki sebuah bas, program kali ini telah di sertai oleh seramai 14 orang murid , 9 orang guru dan 3 orang PPM,. Istimewanya program kali ini disertai oleh 2 orang guru Praktikum dari IPG Kampus Melaka iaitu Cik Fariha dan Cik Roslin. Anak-anak PPKI kali ini telah di ajar bagaimana teknik mengapung diri dalam sesi teknik asas berenang, Program ini penting untuk  memberi keyakinan pada murid-murd agar mampu berenang dengan sendiri. Semoga program ini dapat memberi manfaat pada murid-murid yang baru menyertai prgogram PPKI SK Pulai.




MTQ PENDIDIKAN KHAS ZON JASIN

29 Mac 2016 yang lalu PPKI SK Pulai telah menyertai 3 acara dalam MTQ Pendidikan Khas Zon Merlimau bertempat di SK Merlimau. Program ini telah disertai  adik Mohd Farezz Jefri berceritaJunior Lelaki , Adik Mohd Haikal bin Md Razan Hafazan Junior Lelaki, Adik Syahid Shahidan bin Mohd Zahid Khat Jawi  dan Adik Nur Myieszatul Syaficaq bt Yusof Khat Jawi.Walaupuan PPKI SK Pulai hanya menyertai acara yang sedikit namun PPKI SK Pulai telah berjaya membawa satu kejayaan dalam pertandingan Bercerita Junior Lelaki apabila adik Mohd Farezz in Jefri telah berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah diucahpak kepada adik Mohd Farezz bin Jefri atas kejaayaan. Semoga pada hadapan PPKI SK Pulai meghantar ramai lagi penyertaan Insyaallah.