14 Jan 2016 - Khamis Perjumpaan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Guru PPKI SK Pulai telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis yang dihadiri oleh semua waris anak-anak PPKI SK Pulai bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara penjaga dan guru-guru.
Di dalam majlis ini Pn Ramlah bin Hashim selaku Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pulai telah memberi taklimat berkaitan aktiviti-aktiviti tahunan yang bakal dijalan oleh PPKI SK Pulai .Aktiviti-aktiviti yang dirancang bermatlamatkan kearah melahirkan anak-anak PPKI yang berdaya maju, berkeyakinan dan duduk sama rendah berdiri same tinggi dengan anak-anak aliran perdana. Harapan kami agar semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun ini. Justeru sokongan dan kerjasama ibu bapa anak-anak PPKI amat penting dalam merealisasikan apa yang dirancang.