Sabtu, 30 April 2016

TERAPI HYDRO DI LOKASI BARU: GOLD COAST BUKIT KATIL

14 April 2016 PPKI SK Pulai meneruskan lagi program terapi untuk anak-anak istimewa,.urusetia yang bertanggungjawab kali ini memilih lokasi baru untuk program terapi hydro iaitu Taman Tema Air Gold Coast Bukit Katil. Kami bertolak ke lokasi pilahan dengan menaiki sebuah bas, program kali ini telah di sertai oleh seramai 14 orang murid , 9 orang guru dan 3 orang PPM,. Istimewanya program kali ini disertai oleh 2 orang guru Praktikum dari IPG Kampus Melaka iaitu Cik Fariha dan Cik Roslin. Anak-anak PPKI kali ini telah di ajar bagaimana teknik mengapung diri dalam sesi teknik asas berenang, Program ini penting untuk  memberi keyakinan pada murid-murd agar mampu berenang dengan sendiri. Semoga program ini dapat memberi manfaat pada murid-murid yang baru menyertai prgogram PPKI SK Pulai.




MTQ PENDIDIKAN KHAS ZON JASIN

29 Mac 2016 yang lalu PPKI SK Pulai telah menyertai 3 acara dalam MTQ Pendidikan Khas Zon Merlimau bertempat di SK Merlimau. Program ini telah disertai  adik Mohd Farezz Jefri berceritaJunior Lelaki , Adik Mohd Haikal bin Md Razan Hafazan Junior Lelaki, Adik Syahid Shahidan bin Mohd Zahid Khat Jawi  dan Adik Nur Myieszatul Syaficaq bt Yusof Khat Jawi.Walaupuan PPKI SK Pulai hanya menyertai acara yang sedikit namun PPKI SK Pulai telah berjaya membawa satu kejayaan dalam pertandingan Bercerita Junior Lelaki apabila adik Mohd Farezz in Jefri telah berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah diucahpak kepada adik Mohd Farezz bin Jefri atas kejaayaan. Semoga pada hadapan PPKI SK Pulai meghantar ramai lagi penyertaan Insyaallah.



Ahad, 6 Mac 2016

Tahniah Cikgu Jamaliah : Baktimu sentiasa di hati kami



26 Februari merupakan hari terakhir bagi Penyelaras PPKI SK Pulai Pn Jamaliah bt Abu Bakar berkhidmat di SK Pulai. Beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Datuk Haji Baginda bemula 22 Februari 2016. Bagi warga SK Pulai merasakan satu kehilangan besar atas perpindahan  beliau. Segala bakti dan curahan ilmu sepannjang beliau berkhidmat di PPKI SK Pulai amat kami hargai. Semoga penghijrahan atas kenaikan pangkat ini membuka seribu langkah untuk beliau terus menjadi warga pendidik yang lebih cemerlang dalam mendidik anak bangsa.

Terapi Memanah dan Terapi Boling

4 Februari 2016 yang lalu  bermulalah aktiviti PPKI SK Pulai yang pertama bagi sesi persekolahan 2016. Program kali ini PPKI SK Pulai telah memilih Mahkota Prade sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti boling dan memanah, Atas kerjasama PIBG SK Pulai program terapi kali ini murid-murid mendapat kemudahan menaiki van dari Japerun DUN Serkam, Pelbagai teknik melontar bola boling telah diajar kepada semua murid yang terlibat..Setelah selesai bermain boling murid PPKI SK Pulai dibawa pula ke Pusat Memanah yang juga terdapat di Mahkota Prade. Di pusat memanah murid-murid mendapat pengetahun cara memanah dengan betul. Mereka telah diajar cara memanah oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semoga program ini mendapat banyak manfaat dan pengalaman berguna pada semua murid PPKI kali ini.









Jumaat, 15 Januari 2016

PERJUMPAAN MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA & GURU PPKI SK PULAI 2016

14 Jan 2016 - Khamis  Perjumpaan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Guru PPKI SK Pulai telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis yang dihadiri oleh semua waris anak-anak PPKI SK Pulai bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara penjaga dan guru-guru. 




  Di dalam majlis ini Pn Ramlah bin Hashim selaku Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pulai telah memberi taklimat berkaitan aktiviti-aktiviti tahunan yang bakal dijalan oleh PPKI SK Pulai .Aktiviti-aktiviti yang dirancang bermatlamatkan kearah melahirkan anak-anak PPKI yang berdaya maju, berkeyakinan dan duduk sama rendah berdiri same tinggi dengan anak-anak aliran perdana.  Harapan kami agar semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun ini. Justeru sokongan dan kerjasama ibu bapa anak-anak PPKI amat penting dalam merealisasikan apa yang dirancang.