Sabtu, 21 November 2015

SAMBUTAN HARI JADI PENUTUP PROGRAM TAHUNAN

19 November di Windmill Bukit Beruang PPKI SK Pulai menutup tirai 2015 dengan mengadakan Sambutan Hari Jadi. Sambutan Hari Jadi merupakan antara program tahunan PPKI SK Pulai. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meraikan anak-anak PPKI dalam Sambutan Hari Jadi secara berkelompok. Program yang bermula jam 9 pagi ini di mulai dengan santapan lazat yang disediakan oleh restoran ini. Anak-anak PPKI SK Pulai menikmati makanan ala barat yang amat menyelerakan. Acara pemotongan kek secara beramai-ramai dengan diiring muzik lagu "Selamat Hari Jadi" memeriahkan lagi suasan hari itu. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati untuk semua anak-anak PPKI SK Pulai. Program ini juga merupakan program terakhir bagi 4 orang anak-anak PPKI SK Pulai yang akan meninggalan alam sekolah rendah, iaitu Afiqah Husna, Muhammad Hazim, Muhammad Firdaus dan Peter. Semoga anak-anak ini terus maju dalam pelajaran ketika di sekolah menengah kelak.