31.01.2018 PPKI SK Pulai telah pengadakan Program PdPc Luar Bilik darjah yang pertama, Lawatan ke Masjid Selat dan Terapi Boling. Lawatan pertama ke Masjid Selat anak-anak PPKI telah diajar cara menunaikan Solat Dhuha dan tazkirah ringkas yang di sampai oleh cikgu Taufiq dan Cikgu Ikram. Selesai menunaikan solat anak-anak dibawa menziarahi pemandangan sekitar masjid yang tersergam indah. Setelah selesai lawatan di Masjid Selat anak-anak syurga ini dibawa ke Ampang Bowlig, Mahkota Prade untuk terapi boling. Anak-anak diajar cara-cara permaianan boling yang betul. Terapi boling bertujuan mencari bakat anak-anak PPKI SK Pulai untuk mewakili PPKI SK Pulai untuk pertandingan boling yang bakal diadakan oleh Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka.
Selasa, 6 Februari 2018
MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU PPKI SK PULAI
18.01.2018 (Khamis) PPKI SK Pulai telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa bersama guru. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka En Abd Aziz bin Md Lani. Antara objektif utama majlis ini bertujuan memberi penerangan kepada ibu bapa tentang program yang akan dilaksanakan oleh Program PPKI SK Pulai pada tahun 2018, selain itu ibu bapa juga dapat berinteraksi dengan guru-guru tentang perkembangan pembelajaran anak-anak masing-masing.
Sabtu, 30 April 2016
TERAPI HYDRO DI LOKASI BARU: GOLD COAST BUKIT KATIL
14 April 2016 PPKI SK Pulai meneruskan lagi program terapi untuk anak-anak istimewa,.urusetia yang bertanggungjawab kali ini memilih lokasi baru untuk program terapi hydro iaitu Taman Tema Air Gold Coast Bukit Katil. Kami bertolak ke lokasi pilahan dengan menaiki sebuah bas, program kali ini telah di sertai oleh seramai 14 orang murid , 9 orang guru dan 3 orang PPM,. Istimewanya program kali ini disertai oleh 2 orang guru Praktikum dari IPG Kampus Melaka iaitu Cik Fariha dan Cik Roslin. Anak-anak PPKI kali ini telah di ajar bagaimana teknik mengapung diri dalam sesi teknik asas berenang, Program ini penting untuk memberi keyakinan pada murid-murd agar mampu berenang dengan sendiri. Semoga program ini dapat memberi manfaat pada murid-murid yang baru menyertai prgogram PPKI SK Pulai.
MTQ PENDIDIKAN KHAS ZON JASIN
29 Mac 2016 yang lalu PPKI SK Pulai telah menyertai 3 acara dalam MTQ Pendidikan Khas Zon Merlimau bertempat di SK Merlimau. Program ini telah disertai adik Mohd Farezz Jefri berceritaJunior Lelaki , Adik Mohd Haikal bin Md Razan Hafazan Junior Lelaki, Adik Syahid Shahidan bin Mohd Zahid Khat Jawi dan Adik Nur Myieszatul Syaficaq bt Yusof Khat Jawi.Walaupuan PPKI SK Pulai hanya menyertai acara yang sedikit namun PPKI SK Pulai telah berjaya membawa satu kejayaan dalam pertandingan Bercerita Junior Lelaki apabila adik Mohd Farezz in Jefri telah berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah diucahpak kepada adik Mohd Farezz bin Jefri atas kejaayaan. Semoga pada hadapan PPKI SK Pulai meghantar ramai lagi penyertaan Insyaallah.
Ahad, 6 Mac 2016
Tahniah Cikgu Jamaliah : Baktimu sentiasa di hati kami
26 Februari merupakan hari terakhir bagi Penyelaras PPKI SK Pulai Pn Jamaliah bt Abu Bakar berkhidmat di SK Pulai. Beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Datuk Haji Baginda bemula 22 Februari 2016. Bagi warga SK Pulai merasakan satu kehilangan besar atas perpindahan beliau. Segala bakti dan curahan ilmu sepannjang beliau berkhidmat di PPKI SK Pulai amat kami hargai. Semoga penghijrahan atas kenaikan pangkat ini membuka seribu langkah untuk beliau terus menjadi warga pendidik yang lebih cemerlang dalam mendidik anak bangsa.
Terapi Memanah dan Terapi Boling
4 Februari 2016 yang lalu bermulalah aktiviti PPKI SK Pulai yang pertama bagi sesi persekolahan 2016. Program kali ini PPKI SK Pulai telah memilih Mahkota Prade sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti boling dan memanah, Atas kerjasama PIBG SK Pulai program terapi kali ini murid-murid mendapat kemudahan menaiki van dari Japerun DUN Serkam, Pelbagai teknik melontar bola boling telah diajar kepada semua murid yang terlibat..Setelah selesai bermain boling murid PPKI SK Pulai dibawa pula ke Pusat Memanah yang juga terdapat di Mahkota Prade. Di pusat memanah murid-murid mendapat pengetahun cara memanah dengan betul. Mereka telah diajar cara memanah oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semoga program ini mendapat banyak manfaat dan pengalaman berguna pada semua murid PPKI kali ini.
Langgan:
Catatan (Atom)